EN BM

Majlis Media Malaysia

Laporan ini dihasilkan oleh Jawatankuasa Protem Majlis Media Malaysia, sebagai tindak balas atas permintaan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Laporan ini mengutarakan hujah yang menyokong peranan Majlis Media Malaysia sebagai hala tuju utama untuk mengawal selia industri media yang pantas berubah — terutamanya untuk menyelaraskan peraturan yang mencakupi media cetak, media penyiaran dan media dalam talian — dan pada masa yang sama turut menjamin kebebasan media seperti yang termaktub di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Laporan ini turut menghuraikan deraf tatakelakuan bagi industri media, prosedur penyelesaian pertikaian untuk aduan orang ramai terhadap media dan anggaran belanjawan untuk Majlis Media Malaysia

Jawatankuasa Protem berharap agar laporan ini akan disambut baik, dan kami mengalu-alukan peluang untuk berunding dengan kerajaan demi merealisasikan penubuhan Majlis Media Malaysia.

JULAI 2020